Tuesday 18 December 2012

10 Jenyah ala-ala filem Holywood yang berlaku di dunia sebenar (Bahagian 2/3)

Assalamualaikum.

(Tip: Tekan MORE untuk berita selanjutnya)

Post ini merupakan sambungan daripada post Bahagian 1.


1. Kes Curi di Jepun Yang Melibatkan 300 Juta Yen


Pada 10 Disember 1968, van keselamatan milik Bank Nihon Shintaku Ginko telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya. Seorang pengawai polis mendakwa bahawa terdapat satu unit bom yang dipasang di dalam van bekernaan, pengawai polis tersebut mengarahkan kesemua pengawal keselamatan untuk keluar daripada van tersebut, dianggarkan van tersebut membawa wang berjumlah 300 Juta Yen. Seketika selepas pengawal keselamata keluar daripada van tersebut, tiba-tiba kepulan asap dan cahaya yang terang muncul dari bawah van tersebut. Tiba-tiba setelah asap tersebut reda, van dan pengawai polis tersebut lesap, walaupun terdapat hampir 120 bukti, 110000 suspek dan 170 000 polis yang cuba mengesan beliau, namun beliau lansung tidak dapat dikesan sehingga hari ini, gambar di atas adalah gambar beliau sewaktu berkhidmat dengan pengawai polis .




2. Kes Rompakan Berlian Terbesar Di Dunia (bernilai 100$ Juta USD)


Inilah Kes yang paling menarik sepanjang zaman, kes rompakan berlian terbesar di dunia yang berlaku di kawasan kawalan paling ketat di dunia. Kejadian ini berlaku di Diamond Centre, Antwerp, Belgium . 2 tingkat di bawah Diamond Centre ini terdapat ruang bawah tanah yang dikawal ketat dengan peti besi yang mempunyai lebih kurang 100 juta keberangkalian passwordnya. Peti besi ini juga mempunyai sensor haba,pergerakkan, radar, dan pengawal keselamatan peribadi. Pada 15 Febuari, seorang pencuri berjaya memecah masuk ke dalam peti besi ini dan berjaya membuka peti simpanan deposit lalu mencuri berlian yang bernilai lebih kurang 100 juta USD. Selang beberapa tahun pencuri tersebut berjaya diberkas namun beliau mengaku hanya mencuri sebanyak 20$ juta USD bukannya 100$juta USD. Perkara ini telah merungsingkan pihak berkuasa, mereka percaya bahawa kes ini turut melibatkan syarikat Insurans yang menjaga berlian tersebut. Kes ini tidak diteruskan kerana terlalu rumit untuk diselesaikan.


3. Rompakan pertama di Peti Besi Kebangsaan USA


Pada Jumaat 7 Oktober 1977, sehari sebelum sambutan Hari Columbus, seorang kerani bank melakukan audit terhadap jumlah wang yang ada di dalam peti simpanan tersebut, menurutnya terdapat 4  Juta USD (ketika itu 4Juta sangat tinggi nilainya) di dalam peti tersebut, beliau mengarahkan pengawal untuk pengwal untuk mengawalnya dengan ketat. Pada esoknya, apabila kerani tersebut mengira semula jumlah wang yang ada di dalam peti simpanan tersebut, hanya ada 1 Juta USD, kemana menghilangya lagi 3 Juta ?. Pengawal keselamatan yang bertugas didapati tidak bersalah dan peti keselamatan tersebut turut tidak menunjukkan ianya dipecah masuk, pihak polis percaya bahawa berlaku penyelewengan di dalam institusi tersebut namu tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkanya. Sehingga ke hari ini kes tersebut tidak berjaya diselesaikan.


Bersambung



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...