Sunday 10 February 2013

KENAPA ANDA WAJIB MENJADI JUTAWAN ?


Assalamualaikum W.B.T.

Bagi yg mengenali aku, mesti tahu cita-cita aku, yes aku nak jadi jutawan. Tapi sudah menjadi kebiasaanlah, bila kita nak berimpian besar sikit, mesti ada cakap-cakap belakang. Ada yg memandang remeh, apabila seseorang menyatakan hasratnya untuk menjadi jutawan.

Kadang-kadang aku ada dengar sesetengah ustad Islamik ni selalu cakap, 'Buat apa ada harta banyak-banyak, nanti kena soal dalam kubur setiap harta kau, baru kau tau'. Heloooo Ustad, nama ja Ustad tapi sirah Rasullulah pun taktau. Tahu tak, dengan kekayaan Saidatina Khadijah lah Islam dapat berkembang luas, dengan sumbangan dari kekayaan Saidina Umar lah armada Islam menjadi kuat. So persoalanya, adakah jadi jutawan sesuatu perkara yg jahat ?

Kebiasaanya orang yg menjadi jutawan ni, konsep mereka satu ja, 'the more you earn, the more you give', tengok siap ada Hypothesis lagi. Dengan konsep hypothesis nilah yg menyebabkan mereka bertambah kaya dan berjaya. Orang kita selalu cakap, 'orang kaya terus kaya, orang miskin terus miskin'. Aku cuma gelak dan kata, 'mana akalmu ?'. Heyyyyy mana ada manusia dalam dunia ni Allah nak bagi nikmat macam tu ja, mostly orang kaya lahir dari keluarga yg miskin, tapi dengan semangat dan keazaman depa, depa bertungkus lumus membina kekayaan dan ingin membantu lebih ramai gologan yg senasib denganya.

Apabila orang kaya membeli sesuatu yg mewah, contoh kereta yg disaluti emas bertatahkan berlian and etc, mesti orang kita kata. 'Kan bagus kalau duit yg dia beli kereta tu disumbangkan kepada fakir misikin'. Sekali lagi aku akan cakap. 'hang bodoh dan tidak berfikir'. They deserve it laaa, depa berusaha sehingga depa mampu untuk memiliki benda tu, kalau hampa still tak nampak biar aku terang secara sederhana. Kita di Malaysia, masuk restoran yg mahal sikit, KFC laa katakan, kita order macam-macam and by the end makan tak habis pun, lepas tu orang Uganda mesti cakap, 'kan bagus kalau duit dia beli KFC tu disumbangkan kepada fakir miskin yg kebuluran'. See the situation, manusia diciptikan lain-lain peringkat, mungkin di mata kita nampak kereta berselaput emas tu mewah, tapi bagi orang kaya, mungkin bagi depa biasa. Mungkin bagi kita KFC tu biasa, tapi bagi orang Uganda, KFC tu dah dikira mewah, sama laa situasinya.

Anda masih membangkan dan kata tidak perlu kaya ? anda musyrik. Islam mengajar kita untuk kaya dari zaman Rasullulah S.A.W lagi. Rasullulah dari kecik didik untuk meniaga, Rasullulah dari kecik didik untuk memperolehi 9/10 pendapatan dunia. Apa tu ? dididik untuk kaya la. Apabila kita banyak harta, lagi banyak lah kita boleh menyumbang. Kalau hg miskin, apa yg hg boleh bagi ? kalau hg miskin berilmu takpa, ni hg dahlah miskin, bodoh sombong pulak tu. Dengki apabila melihat orang berjaya, mulalah nak kutuk. Aku tak faham bangsaku, aku tak faham.................. 

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sekiranya sesuatu kaum itu tidak berusaha untuk mengubah nasibnya. Aku tak suruh hampa ikut apa yg aku kata, aku nak hampa cuba then baru hampa tau. :) 

Wednesday 19 December 2012

10 Jenyah ala-ala filem Holywood yang berlaku di dunia sebenar (Bahagian 3/3)

Assalamualaikum.

Ini merupakan sambungan daripada Bahagian 1 dan Bahagian 2

1. Rompakan The Harry Winston (108$ Juta berjaya dicuri)


alt

 Pada 4 Disember 2008, 4 orang lelaki telah berjaya merompak The Harry Winston iaitu salah sebuah butik berlian yang terkenal di Perancis. 3 daripada perompak tersebut menyamar sebagai wanita dan yang menariknya jurujual di dalam premis tersebut percaya bahawa mereka adalah wanita. Setelah berjaya menipu jurujual tersebut seorang lagi perompak tiba-tiba masuk dan mengacukan pistol kepada staff di dalam premis tersebut. 3 perompak yang menyamar sebaga wanita itu tadi terus mengeluarkan senjata yang berupa grenade dan tiga sub-machinegun. Mereka berjaya melarikan, berlian, ruby dan emerald yang bernilai 108$ Juta USD. Kumpulan perompak ini dikenali sebagai The Pink Panthers dan pihak polis percaya mereka merupakan dalang kepada rompakan bersiri yang berlaku di seluruh dunia.

Hantu Kak Limah 2 Official Trailer

Tutorial Hack Papan Tanda Highway (Lengkap dengan gambar rajah)

Assalamualaikum

Berani godam, berani tanggung risiko :)



Sumber : Thumpress

Tuesday 18 December 2012

10 Jenyah ala-ala filem Holywood yang berlaku di dunia sebenar (Bahagian 2/3)

Assalamualaikum.

(Tip: Tekan MORE untuk berita selanjutnya)

Post ini merupakan sambungan daripada post Bahagian 1.


1. Kes Curi di Jepun Yang Melibatkan 300 Juta Yen


Pada 10 Disember 1968, van keselamatan milik Bank Nihon Shintaku Ginko telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya. Seorang pengawai polis mendakwa bahawa terdapat satu unit bom yang dipasang di dalam van bekernaan, pengawai polis tersebut mengarahkan kesemua pengawal keselamatan untuk keluar daripada van tersebut, dianggarkan van tersebut membawa wang berjumlah 300 Juta Yen. Seketika selepas pengawal keselamata keluar daripada van tersebut, tiba-tiba kepulan asap dan cahaya yang terang muncul dari bawah van tersebut. Tiba-tiba setelah asap tersebut reda, van dan pengawai polis tersebut lesap, walaupun terdapat hampir 120 bukti, 110000 suspek dan 170 000 polis yang cuba mengesan beliau, namun beliau lansung tidak dapat dikesan sehingga hari ini, gambar di atas adalah gambar beliau sewaktu berkhidmat dengan pengawai polis .

Sekolah Bawah Jambatan Di India

Assalamualaikum

Tatkala saya menulis post ini, air mata sudah pun berlinangan di kelopak mata saya, saya bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang aman dan makmur malah stabil dari segi ekonomi. Cuba kita lihat gambar di bawah ini, bertapa peritnya kanak-kanak "sampah" di New Delhi untuk menuntut ilmu, kanak-kanak ini tiada ibubapa malah tiada tempat tinggal, syukur kepada tuhan kerana masih ada insan yang berhati mulia sanggup menebarkan bakti untuk mendidik anak-anak ini. Jika di Malaysia, gurulah yang paling kita benci, harta benda guru menjadi mangsa luahan perasaan pelajar yang tidak puas hati, anda patut bersyukur kerana masih ada guru. Rajesh Kumar Sharma dan Laxmi Chandra merupakan insan yang tidak pernah mengenal erti penat dah lelah dalam mendidik anak-anak buangan ini, mereka mewujudkan sebuah sekolah secara percuma untuk anak-anak ini dan tidak pernah merharapkan sebarang balasan. Sifat seperti ini harus kita contohi :')

slumdogschool

slumdogschool

slumdogschool

slumdogschool

10 Jenyah ala-ala filem Holywood yang berlaku di dunia sebenar (Bahagian 1/3)

Assalamualikum

(Tip : Tekan MORE untuk berita selanjutnya)

1. Twin Jewel Thieves ( 5 Juta Euro dicuri)

perfect crime

Pada 25 Febuari 2009, 3 orang perompak bertopeng memecah masuk Kaufhaus Des Westens, iaitu store kedua terbesar di Eropah. Dengan hanya menggunakan tangga tali, ketiga-tiga perompak berjaya memecah masuk ke ruang utama store bekernaan, yang menariknya mereka berjaya melolos diri daripada sensor laser dan juga sistem penggera keselamatan, malah pengawal yang bertugas turut tidak menyedari kehadiran mereka. Tetapi salah seorang daripada perompak tersebut telah tertinggal sarung tangan miliknya lalu pihak berkuasa berjaya mengesan DNA miliknya. Keadaan bertambah rumit apabila DNA tersebut menunjukkan dua identiti yang sama. Identiti yang pertama ialah Hassan dan identiti yang kedua adalah Abbas, mereka berdua adalah pasangan kembar. Oleh kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh polis terpaksa melepaskan mereka, hal ini kerana undang-undang di German telah menetapkan bahawa salah seorang perlu mengaku bersalah, oleh kerana kedua-duanya tidak mengaku maka mereka terpaksa melepaskan mereka berdua. Setahun selepas kejadian itu, pihak polis berjaya mengesahkan bahawa pasangan kembar tersebut bersalah, namun Abbas dan Hassan telah berjaya meloloskan diri dan pihak polis tidak berjaya mengesan mereka sehingga hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...