Sunday 10 February 2013

KENAPA ANDA WAJIB MENJADI JUTAWAN ?


Assalamualaikum W.B.T.

Bagi yg mengenali aku, mesti tahu cita-cita aku, yes aku nak jadi jutawan. Tapi sudah menjadi kebiasaanlah, bila kita nak berimpian besar sikit, mesti ada cakap-cakap belakang. Ada yg memandang remeh, apabila seseorang menyatakan hasratnya untuk menjadi jutawan.

Kadang-kadang aku ada dengar sesetengah ustad Islamik ni selalu cakap, 'Buat apa ada harta banyak-banyak, nanti kena soal dalam kubur setiap harta kau, baru kau tau'. Heloooo Ustad, nama ja Ustad tapi sirah Rasullulah pun taktau. Tahu tak, dengan kekayaan Saidatina Khadijah lah Islam dapat berkembang luas, dengan sumbangan dari kekayaan Saidina Umar lah armada Islam menjadi kuat. So persoalanya, adakah jadi jutawan sesuatu perkara yg jahat ?

Kebiasaanya orang yg menjadi jutawan ni, konsep mereka satu ja, 'the more you earn, the more you give', tengok siap ada Hypothesis lagi. Dengan konsep hypothesis nilah yg menyebabkan mereka bertambah kaya dan berjaya. Orang kita selalu cakap, 'orang kaya terus kaya, orang miskin terus miskin'. Aku cuma gelak dan kata, 'mana akalmu ?'. Heyyyyy mana ada manusia dalam dunia ni Allah nak bagi nikmat macam tu ja, mostly orang kaya lahir dari keluarga yg miskin, tapi dengan semangat dan keazaman depa, depa bertungkus lumus membina kekayaan dan ingin membantu lebih ramai gologan yg senasib denganya.

Apabila orang kaya membeli sesuatu yg mewah, contoh kereta yg disaluti emas bertatahkan berlian and etc, mesti orang kita kata. 'Kan bagus kalau duit yg dia beli kereta tu disumbangkan kepada fakir misikin'. Sekali lagi aku akan cakap. 'hang bodoh dan tidak berfikir'. They deserve it laaa, depa berusaha sehingga depa mampu untuk memiliki benda tu, kalau hampa still tak nampak biar aku terang secara sederhana. Kita di Malaysia, masuk restoran yg mahal sikit, KFC laa katakan, kita order macam-macam and by the end makan tak habis pun, lepas tu orang Uganda mesti cakap, 'kan bagus kalau duit dia beli KFC tu disumbangkan kepada fakir miskin yg kebuluran'. See the situation, manusia diciptikan lain-lain peringkat, mungkin di mata kita nampak kereta berselaput emas tu mewah, tapi bagi orang kaya, mungkin bagi depa biasa. Mungkin bagi kita KFC tu biasa, tapi bagi orang Uganda, KFC tu dah dikira mewah, sama laa situasinya.

Anda masih membangkan dan kata tidak perlu kaya ? anda musyrik. Islam mengajar kita untuk kaya dari zaman Rasullulah S.A.W lagi. Rasullulah dari kecik didik untuk meniaga, Rasullulah dari kecik didik untuk memperolehi 9/10 pendapatan dunia. Apa tu ? dididik untuk kaya la. Apabila kita banyak harta, lagi banyak lah kita boleh menyumbang. Kalau hg miskin, apa yg hg boleh bagi ? kalau hg miskin berilmu takpa, ni hg dahlah miskin, bodoh sombong pulak tu. Dengki apabila melihat orang berjaya, mulalah nak kutuk. Aku tak faham bangsaku, aku tak faham.................. 

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sekiranya sesuatu kaum itu tidak berusaha untuk mengubah nasibnya. Aku tak suruh hampa ikut apa yg aku kata, aku nak hampa cuba then baru hampa tau. :) 

4 comments:

  1. salam... aku sgt setuju dgn hang 300% haha... aku ada jumpa jalan nk jd jutawan dan org2 kat sini semua positive2 untuk sama jadi jutawan takde istilah dengki busuk hati ataupun nak mengata belakang... kalau kita takde impian sudah semestinya kita takkan berjaya. sbb dari impian tu la kita berusaha utk berjaya. betul dakkk.. haha

    ReplyDelete
  2. aku pun nk jadi jutawan gak Insha-Allah dlm 20-30 tahun lagi mesti tercapai hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...