Wednesday 19 December 2012

10 Jenyah ala-ala filem Holywood yang berlaku di dunia sebenar (Bahagian 3/3)

Assalamualaikum.

Ini merupakan sambungan daripada Bahagian 1 dan Bahagian 2

1. Rompakan The Harry Winston (108$ Juta berjaya dicuri)


alt

 Pada 4 Disember 2008, 4 orang lelaki telah berjaya merompak The Harry Winston iaitu salah sebuah butik berlian yang terkenal di Perancis. 3 daripada perompak tersebut menyamar sebagai wanita dan yang menariknya jurujual di dalam premis tersebut percaya bahawa mereka adalah wanita. Setelah berjaya menipu jurujual tersebut seorang lagi perompak tiba-tiba masuk dan mengacukan pistol kepada staff di dalam premis tersebut. 3 perompak yang menyamar sebaga wanita itu tadi terus mengeluarkan senjata yang berupa grenade dan tiga sub-machinegun. Mereka berjaya melarikan, berlian, ruby dan emerald yang bernilai 108$ Juta USD. Kumpulan perompak ini dikenali sebagai The Pink Panthers dan pihak polis percaya mereka merupakan dalang kepada rompakan bersiri yang berlaku di seluruh dunia.

Hantu Kak Limah 2 Official Trailer

Tutorial Hack Papan Tanda Highway (Lengkap dengan gambar rajah)

Assalamualaikum

Berani godam, berani tanggung risiko :)



Sumber : Thumpress

Tuesday 18 December 2012

10 Jenyah ala-ala filem Holywood yang berlaku di dunia sebenar (Bahagian 2/3)

Assalamualaikum.

(Tip: Tekan MORE untuk berita selanjutnya)

Post ini merupakan sambungan daripada post Bahagian 1.


1. Kes Curi di Jepun Yang Melibatkan 300 Juta Yen


Pada 10 Disember 1968, van keselamatan milik Bank Nihon Shintaku Ginko telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya. Seorang pengawai polis mendakwa bahawa terdapat satu unit bom yang dipasang di dalam van bekernaan, pengawai polis tersebut mengarahkan kesemua pengawal keselamatan untuk keluar daripada van tersebut, dianggarkan van tersebut membawa wang berjumlah 300 Juta Yen. Seketika selepas pengawal keselamata keluar daripada van tersebut, tiba-tiba kepulan asap dan cahaya yang terang muncul dari bawah van tersebut. Tiba-tiba setelah asap tersebut reda, van dan pengawai polis tersebut lesap, walaupun terdapat hampir 120 bukti, 110000 suspek dan 170 000 polis yang cuba mengesan beliau, namun beliau lansung tidak dapat dikesan sehingga hari ini, gambar di atas adalah gambar beliau sewaktu berkhidmat dengan pengawai polis .

Sekolah Bawah Jambatan Di India

Assalamualaikum

Tatkala saya menulis post ini, air mata sudah pun berlinangan di kelopak mata saya, saya bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang aman dan makmur malah stabil dari segi ekonomi. Cuba kita lihat gambar di bawah ini, bertapa peritnya kanak-kanak "sampah" di New Delhi untuk menuntut ilmu, kanak-kanak ini tiada ibubapa malah tiada tempat tinggal, syukur kepada tuhan kerana masih ada insan yang berhati mulia sanggup menebarkan bakti untuk mendidik anak-anak ini. Jika di Malaysia, gurulah yang paling kita benci, harta benda guru menjadi mangsa luahan perasaan pelajar yang tidak puas hati, anda patut bersyukur kerana masih ada guru. Rajesh Kumar Sharma dan Laxmi Chandra merupakan insan yang tidak pernah mengenal erti penat dah lelah dalam mendidik anak-anak buangan ini, mereka mewujudkan sebuah sekolah secara percuma untuk anak-anak ini dan tidak pernah merharapkan sebarang balasan. Sifat seperti ini harus kita contohi :')

slumdogschool

slumdogschool

slumdogschool

slumdogschool

10 Jenyah ala-ala filem Holywood yang berlaku di dunia sebenar (Bahagian 1/3)

Assalamualikum

(Tip : Tekan MORE untuk berita selanjutnya)

1. Twin Jewel Thieves ( 5 Juta Euro dicuri)

perfect crime

Pada 25 Febuari 2009, 3 orang perompak bertopeng memecah masuk Kaufhaus Des Westens, iaitu store kedua terbesar di Eropah. Dengan hanya menggunakan tangga tali, ketiga-tiga perompak berjaya memecah masuk ke ruang utama store bekernaan, yang menariknya mereka berjaya melolos diri daripada sensor laser dan juga sistem penggera keselamatan, malah pengawal yang bertugas turut tidak menyedari kehadiran mereka. Tetapi salah seorang daripada perompak tersebut telah tertinggal sarung tangan miliknya lalu pihak berkuasa berjaya mengesan DNA miliknya. Keadaan bertambah rumit apabila DNA tersebut menunjukkan dua identiti yang sama. Identiti yang pertama ialah Hassan dan identiti yang kedua adalah Abbas, mereka berdua adalah pasangan kembar. Oleh kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh polis terpaksa melepaskan mereka, hal ini kerana undang-undang di German telah menetapkan bahawa salah seorang perlu mengaku bersalah, oleh kerana kedua-duanya tidak mengaku maka mereka terpaksa melepaskan mereka berdua. Setahun selepas kejadian itu, pihak polis berjaya mengesahkan bahawa pasangan kembar tersebut bersalah, namun Abbas dan Hassan telah berjaya meloloskan diri dan pihak polis tidak berjaya mengesan mereka sehingga hari ini.


Rewind YouTube Style 2012 : Apabila youtube pun nak tiru Gangnam Style

20 Seni Vandalisme Jalanan Yang Awesome

Assalamualaikum

(Tip: Tekan MORE untuk paparan gambar yang selebihnya)

Vandalisme, sebuah seni jalanan yang sudah menjadi suatu budaya bagi remaja-remaja nakal hari ini. Ada diantaranya menggunakan medium ini untuk melepaskan perasaan yang tidak puas hati terhadap harta benda awam. Ada juga yang cuba mencuri perhatian dengan melakukan kerosakan terhadap harta benda awam, namun dengan perkembangan teknologi dan minda masyarakat hari ini,vandalisme telah menjadi satu budaya untuk menunjukkan hasil seni terhadap orang awam. Malah seni vandalisme ini turut menarik perhatian beberapa pihak untuk menganjurkan pertandingan yang boleh menarik perhatian anak muda untuk menyertainya. Paparan gambar di bawah ini merupakan seni vandalisme yang sungguh kreatif dan dapat dijadikan inspirasi kepada golongan seni untuk bekarya.

vandalism

vandalism

vandalism

vandalism

vandalism

vandalism

21 Seni Manipulasi Gambar Yang Kreatif

Assalamualaikum

(Tip: Tekan MORE untuk paparan gambar selebihnya)

Manipulasi merupakan salah satu elemen penting dalam dunia photoshop, bagi yang tidak tahu, manipulasi bila disimpulkan secara mudah ianya bermaksud gabungan beberapa elemen dan kawalan warna yang membentuk sebuah imej baharu, huh benda apa tu ? Ok nanti anda lihat gambar dibawah ni, yaa nampak fantasi bukan ? gambar tersebut dihasilkan di dalam perisian photoshop melalui beberapa gabungan imej yang membentuk imej baharu. Manipulasi kebiasaanya digunakan dalam proses pembikinan iklan. Berikut adalah beberapa imej manipulasi yang kreatif yang telah dihasilkan oleh beberapa editor, have fun :)

manipulation

manipulation

manipulation

manipulation

manipulation

manipulation

manipulation

Video Komplikasi Manusia Yang Awesome

Assalamualaikum

Orang putih memang suka buat benda pelik-pelik, tapi kadang-kadang benda yang depa buat nampak cool


Monday 17 December 2012

Electree : Pokok untuk geeks

Assalamualaikum

(Tip:Tekan MORE untuk paparan gambar selebihnya)

Electree merupakan salah satu projek dalam menyokong usaha kempen kesedaran mesra alam. Electree mensasarkan untuk menghasilkan tenaga daripada sumber yang mudah diperolehi. Mengikut pencipta Electree, mereka ingin menghasilkan sebuah gadjet yang mampu melakukan dua kerja pada satu-satu masa, oleh itu terhasillah Electree, dengan Electree pengguna dapat mengecharge telefon dan dijadikan pokok bongsai hiasan rumah. Tenaga yang dihasilkan mampu disimpan dan dapat digunakan pada masa lain dan tidak hanya terhad kepada untuk cas telefon sahaja. Apa-apapun hampa semua boleh sokong produk mereka dengan meberikan sumbangan di Kickstarter mereka.

tree for geek

tree for geek

Kelengkapan untuk menentang zombie. LOL

Assalamualaikum..

Semalam kita ada tengok kit survival untuk menentang zombie. Hari ni kita akan tengok pulak kelengkapan lengkap untuk menentang zombie, hahah ni baru sesuai untuk jadi maderfaker menentang zombie.

zombie set

sumber : uncrate

Jom bercuti di Kauai, Hawaii (11 gambar + 1 video)

Assalamualaikum..

(Tips: 1. Tekan MORE untuk paparan gambar selebihnya, 2. Pastikan anda menonton video terlebih dahulu)

Beberapa hari lalu aku ada post pasal kepulauan Maldives, untuk slot Travel hari ini kita akan lihat satu lagi pulau yang amat cantik dan best untuk dijadikan destinasi pelancongan. Pulau tersebut adalah Pulau Kauai, pulau ini terletak Hawaii. Pulau ini merupakan pulau yang ke-21 terbesar di US. Apa yang menariknya tentang pulau ini adalah keindahan panoramanya, pulau ni sesuai untuk kaki fotografi dan juga backpakers. Untuk ke pulau ini anda boleh menaiki kapal terbang dari Lihue Airport dan untuk ke lapangan terbang ini anda boleh guna lapangan terbang dari US, Canada dan Vancouver. Untuk pengetahuan anda Kauai merupakan destinasi rujukan untuk pengambaraan animasi Lilo & Stitch, dan juga filem Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides. Dah berhenti baca ni, jom kita layan video dan gambar sekitar Kauai :)




Kauai

Kauai

Kauai

Kauai

Komputer + Batmobile : Komputer berbentuk Batmobile

Assalamualaikum..

(Tip: Tekan MORE untuk paparan gambar selebihnya)

Batman, ahhh superhero kegemaran ramai,. apa yang membuatkan batman nampak gah berbanding superher lain adalah kenderaannya. Kali ni kita akan lihat BATMOBILE PC iaitu komputer yang dimodkan kepada batmobile. Untuk melihat sendiri proses mereka menghasilkan BATMOBILE PC, hampa boleh tengok dekat sini . Dekat bawah ni adalah gambar bagaimana mereka menghasilkan BATMOBILE PC.

mod computer


mod computer

mod computer

mod computer

mod computer

Call Of Duty Care Package : Set Penting Untuk Semua FPS Gamer

Assalamualiakum

(Tip: Tekan MORE untuk paparan gambar selebihnya)

Secara jujurnya, aku tak berapa minat dengan siri Call Of Duty. Bagi aku siri Battlefield lagi best dari Call Of Duty, tapi ikut citarasa laa, lain orang lain citarasa. Walaupun aku tak minat COD, tapi COD Care Package ni memang cool, kalau beli set ni, siap dapat free MO-27 DRAGONFIRE DRONE RC Version, fuuuu siap bagi helicopter control. Kalau hampa nak beli boleh beli dekat sini 

black ops2


black ops2black ops2

Gloveshot : Lastik Zaman Moden

Assalamualikum..

Kalau hampa dari zaman 90an dan 80an mesti selalu main lastik, budak-budak zaman sekarang pun main lastik jugak, tapi main dalam ipad lah, aku taktau apa nak jadi pada masa depan, samaada budak-budak makin pandai atau makin kurang soft-skill, apa-apa pun jom kita tengok Gloveshot nih, secara jujurnya, memang lastik ni nampak cool dan mudah untuk digunakan, kalau hampa nak beli lastik ni, boleh beli dekat sini

gloveshot

gloveshot

gloveshot

Sunday 16 December 2012

Zombie Survival Kit : Kit Survival ketika serangan Zombie

Assalamualaikum.

Orang putih ni memang selalu cepat terpengaruh dengan movie kan, apalah sampai buat persedian kalau di serang zombie, apa-apapun kit ni dijual dengan harga $80.00, hampa boleh beli dekat sini


zombie kits

Sekitar pembikinan filem Titanic (12 gambar)

Assalamualaikum

(Tip:Tekan MORE untuk paparan gambar selebihnya)

Filem Titanic ni dah lama sebenarnya, antara filem James Cameron yang paling famous, rasanya semua orang dah biasa tengok filem ni, tapi hampa pernah tengok tak cara pembikinan filem ni ? hampa mesti tak percaya bila titanic yang kita tengok besar selama ni hanyalah model miniature, yang menariknya, James Cameron membina semula sebahagian besar daripada kapal tersebut untuk filem ni, zaman tu CGI pun tak hebat lagi jadi mereka terpaksa mengunnakan model miniature lah.

titanic

titanic

titanic

titanic

Pool Boat : Boat 2 dalam 1 (gabungan kolam renang dan boat)

Assalamualaikum


Kelmarin kita ada lihat koleksi Swimming Pool yang menarik, kali ni kita lihat pula rekaan boat dwi fungsi, boat ni akan berfungsi sebagai jacuzzi dan juga boat pada masa yang sama, memang cool

dwiboat

dwiboat

dwiboat

dwiboat

Pixar : Lampu Pixar dari filem animation kegemaran anda kini menjadi realiti

Assalamualaikum..

(Tip:Tekan MORE untuk lebih paparan gambar)

Pixar, sapa yang tak kenal syarikat gergasi ni, syarikat ni memang terkenal dengan trademark lampu meja pada intro setiap fillem animation mereka, kali ini beberapa designer dari China telah menghasilkan lampu Pixar tersebut, mereka menggunakan sistem kit dari Arduino untuk mengerakkan lampu ni. Apa yang menariknya lampu ni akan bergerak mengikut persekitaranya, fuuu coool







Pinokio from Pinokio on Vimeo.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...