Tuesday 18 December 2012

10 Jenyah ala-ala filem Holywood yang berlaku di dunia sebenar (Bahagian 1/3)

Assalamualikum

(Tip : Tekan MORE untuk berita selanjutnya)

1. Twin Jewel Thieves ( 5 Juta Euro dicuri)

perfect crime

Pada 25 Febuari 2009, 3 orang perompak bertopeng memecah masuk Kaufhaus Des Westens, iaitu store kedua terbesar di Eropah. Dengan hanya menggunakan tangga tali, ketiga-tiga perompak berjaya memecah masuk ke ruang utama store bekernaan, yang menariknya mereka berjaya melolos diri daripada sensor laser dan juga sistem penggera keselamatan, malah pengawal yang bertugas turut tidak menyedari kehadiran mereka. Tetapi salah seorang daripada perompak tersebut telah tertinggal sarung tangan miliknya lalu pihak berkuasa berjaya mengesan DNA miliknya. Keadaan bertambah rumit apabila DNA tersebut menunjukkan dua identiti yang sama. Identiti yang pertama ialah Hassan dan identiti yang kedua adalah Abbas, mereka berdua adalah pasangan kembar. Oleh kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh polis terpaksa melepaskan mereka, hal ini kerana undang-undang di German telah menetapkan bahawa salah seorang perlu mengaku bersalah, oleh kerana kedua-duanya tidak mengaku maka mereka terpaksa melepaskan mereka berdua. Setahun selepas kejadian itu, pihak polis berjaya mengesahkan bahawa pasangan kembar tersebut bersalah, namun Abbas dan Hassan telah berjaya meloloskan diri dan pihak polis tidak berjaya mengesan mereka sehingga hari ini.




2. Dan "DB" Cooper (200000USD berjaya dicuri)
perfect crime

Pada 24 November 1971, seorang penumpang kapal terbang bernama Dan Cooper menggunakan perkhidamatan kapal terbang untuk ke Seattle. Beliau memakai baju hujan dan berkaca mata hitam pada malam kejadian. Beliau duduk dengan senyap di tempatnya dan memesan segelas whiskey dari pramugari. Ketika pramugari sedang menuangkan whiskey ke dalam gelasnya, Dan Cooper memberikan pramugari tersebut sehelai nota yang tetulis.'I HAVE A BOMB IN MY BRIEFCASE. I WILL USE IT IF NECESSARY. I WANT YOU TO SIT NEXT TO ME. YOU ARE BEING HIJACKED.' Beliau meminta 200000 USD dan empat payung terjun setelah tibanya beliau di Seattle. Apabila kapal terbang mendarat, beliau melepaskan semua tahanan, tetapi beliau meminta juruterbang dan pramugari untuk tunggu di dalam kapa terbang tersebut. Setelah beliau mendapat duit dan payung terjun, beliau mengarahkan juruterbang untuk menerbangkan kapal tersebut dan menuju ke arah Mexico. Beliau juga meminta untuk terbang pada ketinggian 10 ribu kaki. Beberapa jam selepas berlepas, Dan Cooper terjun dengan menggunakan payung terjun, dilaporkan oleh juruterbang, Dan Cooper terjun di daerah Portland. Sehingga hari ini pihak berkuasa gagal untuk mengesan Dan Cooper . Kes Dan Cooper menjadi kes pertama dalam sejarah penerbangan US yang tidak berjaya diselesaikan.




3. Pencuri Gardner Museum Art (300 juta USD berjaya dicuri)


perfect crime

Pada 18 March 1990, sepasukan polis bergegas ke Muzium Isabella Stewart Gardner di Boston, menurut pihak polis mereka menerima panggilan bahawa terdapat satu ganguan di dalam bangunan tersebut. Pengawal keselamatan membenarkan pengawai polis tersebut untuk masuk ke dalam muzium tersebut. Tanpa disedari oleh pengawal, "polis" yang masuk ke dalam muzium tersebut sebenarnya pencuri, lalu pencuri yang menyamar sebagai polis itu tadi terus menggari pengawal tersebut dan berjaya mencuri 13 lukisan yang bernilai ratusan juta. Sehingga ke hari ini, pencuri dan lukisan tersebut gagal dikesan.


UPDATE : Bahagian 2 telah pun diposkan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...