Wednesday 19 December 2012

10 Jenyah ala-ala filem Holywood yang berlaku di dunia sebenar (Bahagian 3/3)

Assalamualaikum.

Ini merupakan sambungan daripada Bahagian 1 dan Bahagian 2

1. Rompakan The Harry Winston (108$ Juta berjaya dicuri)


alt

 Pada 4 Disember 2008, 4 orang lelaki telah berjaya merompak The Harry Winston iaitu salah sebuah butik berlian yang terkenal di Perancis. 3 daripada perompak tersebut menyamar sebagai wanita dan yang menariknya jurujual di dalam premis tersebut percaya bahawa mereka adalah wanita. Setelah berjaya menipu jurujual tersebut seorang lagi perompak tiba-tiba masuk dan mengacukan pistol kepada staff di dalam premis tersebut. 3 perompak yang menyamar sebaga wanita itu tadi terus mengeluarkan senjata yang berupa grenade dan tiga sub-machinegun. Mereka berjaya melarikan, berlian, ruby dan emerald yang bernilai 108$ Juta USD. Kumpulan perompak ini dikenali sebagai The Pink Panthers dan pihak polis percaya mereka merupakan dalang kepada rompakan bersiri yang berlaku di seluruh dunia.




2 Rompakan Palang Tucker

alt

Palang Tucker merupakan palang bersejarah yang dijumpai di dalam Kapal San Pedro yang tenggalam di Bermuda beberapa abad lalu. Palang ini mempunya emas 22-karat dan tujuh batu permata emerald. Kerajaan Bermuda mengambil keputusan untuk membeli palang ini daripada ahli arkeologi yang menjumpainya. Setelah selesai transaksi, palang ini dipindahkan ke Bermuda Muzium dan akan ditayangkan kepada Quen Elizabeth 2, malangnya ketika proses perpindahan palang ini telah dicuri. Ketika dalam proses perpindahan pencuri tersebut menukarkan palang yang sebenar dengan palang plastik. Menurut pihak polis, palang yang sebenar telah pun dileburkan oleh pencuri tersebut dan dijual di pasaran gelap.





3. The French "Vacuum Gang"

alt

Kumpulan ini sangat bijak dan licik, sebelum memulakan operasi mereka, mereka akan menyamar sebagai tukang cleaner di pasaraya-pasaraya besar di Perancis. Kebiasaanya cleaner lah yang masih bekerja walaupun pasaraya sudah tutup. Apabila pasaraya tutup, maka kesemua ahli kumpulan ini berkumpul dan memulakan operasi mereka. Pihak polis mendakwa, kumpulan mereka sangat licik kerana tidak meningalkan sebarang kesan, mereka berjaya meyelinap masuk di dalam blok kedai dengan hanya menggunakan vacuum sebagai "kunci". Mereka gunakan vacumm bersaiz kecil dan juga penebuk untuk membuka grill setiap blok kedai, dalam masa satu malam, habis semua kedai berjaya dimasuki mereka. Tiada kesan cap jari mahupun pita rakaman CCTV

Bersambung..

1 comment:

  1. wah bagus penjenayah yang pandai mencuri benda yang berharga camni..berbaloi baloi kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...